Tuesday, December 27, 2011

Anugerah Yang Dinanti.....

Syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang selama ini amat kunantikan...
Akhirnya masa itu telah tiba...memang ku akui sejak akhir2 ni keinginan itu telah aku longgarkan sbb xnak lagi menanggung kecewa seperti yang sudah2..sbb ada org pernah ckp, jgn terlalu berharap. nak sgt akan buatkan kita xdpt apa yg kita nak tu..

ber cerita tentang bagaimana ia diketahui, aku perasan dah aku lewat period.tapi xnak cek lagi memandangkan dah ada pengalaman di mana aku delay period almost 2 weeks. bila cek, negatif n esoknya terus period. so, kali ni aku buat bodo je..lagipun, aku jadi takut plak sbb kontrak keje dah nak abes. kalau aku pregnant, jabatan nak ke sambung kontrak aku..huhu aku ckp kat abg, jgn berharap sgt. kalau ada rezeki kita, Alhamdulillah..tapi kalau xde, kita cuba lagi..

setelah genap 3 minggu delay, aku pun beranikan diri utk test..n Alhamdulillah ini lah keputusannya...Abg yg tengah mamai (baru bgn tido pun tanya) 'pastu kita kena buat apa sekarang ni?' lawak plak rasa soalan laki aku ni..maklumla 1st time..

then, ktorg siap2 n g klinik edina simpang pulai (sbb klinik jerry tutup). bila tunjuk upt tu, doktor terus ckp dah sure puan mmg pregnant. nothing to confirm anymore..then aku mintak dia bgtau EDD n sikit advise since this is my 1st pregnancy.

ikut kiraan dia, sekarang dah 7 minggu lebih katanya. EDD nanti 23 Julai 2012..:) then  aku tanya nape aku xde pun muntah2, loya ke apa..doktor tu ckp setiap org ni lain..bergantung pada orang.ada yg ok, ada yg teruk sampai kena masuk wad..kira u ni bertuah kalau u xalami tu sume..n doktor kata minggu dpn u dah bleh g bukak buku merah kat klinik kerajaan..

Makanya tersenyumla 2 hamba Allah ni keluar dari klinik tu..perkara 1st yng abg ckp, 'kita kena simpan duit dah ni'..Aku pun daripada fikir mcm2, dah mula boleh berfikir secara positif..Setiap hamba Allah, ada rezkinya..dan aku percaya, anak ini adalah rezki yang sangat bernilai, rezkinya juga telah tertulis...Insyaallah...

harapan ku semoga aku dan baby sihat dan xde masalah..semoga dipermudahkan segalanya...murah rezki n selamat....Amin...

No comments: