Saturday, August 20, 2011

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri seorang blogger comels namanya,terima kasih kerana menulis dengan bahasa yang indah-indah.

aku merayau-rayau dalam facebook dan tetiba teringat kat blog yg dah lama xde luahan rasa aku ni. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.



hubby ku bushuk!!

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.

bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)



keluarga









aku ada mak, ayah, dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? kami sdik beradik dikurniakan mak & abah yang sangat memahami, dan supportive dan sporting..yang buat aku terharu sgt mak & abah xpenah sekali pun ambil mudah utk hadir pada hari yang memerlukan kehadiran mereka.daripada zaman hari kad pelaporan di sekolah, setiap kali hari sukan, hari mesyuarat PIBG, sehinggalah menghantar masuk ke universiti, konvo dan sebagainya...mereka sentiasa ada..bab ni mmg leleh air mata bila tiap kali terkenangnya betapa besarnya pengorbanan mereka..

kami bukan dari keluarga yang senang..abah membanting tulang seorang diri membesarkan kami 7 beradik..walaupun apa org kata tentang abah, aku tetap ada si belakangnya..sbb aku kenal abah aku. aku kenal dia lebih dari org yg gemar mengata..along sentiasa di sisi abah walau apa pun yg org nak kata..u are the best dad in d world..

mak orangnya sangat penyabar.mak bertahan dan byk kemudikan hal2 rumah..dari pelbagai segi.dari pelbagai sudut. dari hal mencari benda nak makan, sampai la ke hal2 persekolahan anak, sehingga lah ke hal bertukang2 di rumah..sbb tu mak dpt gelaran 'doraemon'.sbb apa pun masalah yang timbul, mak mesti boleh selesaikan.

Aku bersyukur ya Allah............


mak mertua dan keluarga


aku sangat bertuah punya mak mertua yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)
Dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...