Sunday, December 26, 2010

Kita mencipta kebahagiaan kita sendiri...

Seringkali kita dihimpit dengan pelbagai perasaan yang tidak menyenangkan. Perkara-perkara yg kita tidak mahu ia berlaku tetapi ia tetap hadir dan terus menghantui kita sehari-hari. Persoalan demi persoalan pula akan mula terbit dari hati. Mengapa aku? Mengapa tidak orang lain? Mengapa aku tidak dapat mengecap kebahgiaan seperti orang lain? Mengapa aku tidak dapat memiliki apa yang org itu miliki? Mengapa aku tidak mendapat layanan seperti yang sepatutnya? Apa salah aku? dan terlalu nayak persoalan2 yang terus membunuh didi kita sendiri jika kita tidak bijak mengawalnya.

mari kita berbalik kepada fitrah kita sebagai hambaNya..malah Rukun iman turut menyatakan kita wajib percaya kepada qada' dan qadar' yang telah ditetapkan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha. Kerana itulah kebahagian kita sebenarnya kita yang mencorakkan nya...

Memang berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita tetapi bilangannya amat sedikit berbanding dengan sesuatu yang kita sendiri yang mencipta ruang ke arah perkara itu..Kerana itu, apabila kita deberi sesuatu dugaan yang kita tidak menjangkakan, malah di luar kemampuan kita, kita harus berserah kepadaNya. kerana tentu ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kesulitan dan kesedihan itu..
Mendung hitam akan berarak pergi dan mentari akan kembali menyinar...Insyaallah..

Alam rumahtangga sebenarnya sesuatu yang amat merumitkan. Ia adalah menyatuan 2 hati, 2 jiwa yang datang dari berlainan dunia. Dalam mencari keserasian tersebut, banyak perkara yang perlu dikorbankan malah kita harus membina sesuatu tradisi baru. kalau dulu kita boleh begini-begini, tapi sekarang kita perlu sentiasa ingat di dalam hati bahawa kita ada dia. Pengorbanan dan kehormatan bukan datang dari sebelah pihak sahaja tetapi ia harus datang dari kedua-dua pihak. Saling memberi dan menerima.

Ramai antara kita yang mengamibil masa terlalu lama untuk mencari seseorang untuk melengkapkan kehidupan. Bercinta bertahun-tahun namun akhirnya tidak ke mana. Wang ringgit dan masa dibazirkan begitu sahaja. Harga diri dan maruah juga dipermainkan sesuka hati. Sungguh menyedihkan.

Alhamdulilah, syukur...
berbahgialah kepada semua yang mencipta kebahagiaan dengan cara mereka..Sebenarnya ckin seringkali berasa sangat bersyukur setiap kali mengenangkan en.suami..
Ckin bersyukur kerana telah dicatatkan di luth mahfuz bahawa Nurul 'Asyikin binti Zubir adalah isteri kepada Khairul Izsham bin Che Md Hussain...
Saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing2..
Saling melengkapi...
Kemanisan yang hanya kita berdua yang rasa, setelah mengharungi onak duri dan lautan air mata..
Saya sayang abg sepenuh hati saya kerana kasih sayang abg yang tidak berbelah bahagi..
Semoga kita bahagia hingga ke syurga..

AkU InGiN MeNjaDi.........



aku ingin menjadi pesawat. aku ingin membawamu ke suatu tempat.

aku ingin menjadi cerita, membawamu melengkapi kisah.

aku ingin menjadi huruf, membentuk kalimat cerita bersamamu.

aku ingin menjadi tanda baca untukmu, menjaga cerita agar kalimat menjadi bermakna.

aku ingin menjadi tinta, membentuk setiap kata yang kau eja.

aku ingin menjadi intonasi.. menjadikan tiap kata-katamu berirama dan penuh arti.

aku ingin menjadi kertas, tempat dimana cerita bermukim di musim gugur, dingin, semi, dan panas.

aku ingin menjadi alinea.. merangkum kata dalam kertas di setiap cerita. menjadi pengisi di lembaran hidup ini.

aku ingin menjadi buku, menampung segala curahan hatimu.

aku ingin menjadi sampul sebuah buku yang berkisah tentangmu. memelukmu, dan menjaga, selamanya.

aku ingin menjadi warna, menghiasi sampul yang kau cipta.

aku ingin menjadi goresan garis-garis dalam ilustrasi, menemani warnamu. bersama kita menghiasi, cerita itu.

aku ingin menjadi duniamu. tanpaku kau tak mampu mengisi buku itu.

aku ingin menjadi apa pun itu, asalkan denganmu, aku bisa menjadi apa saja.

aku ingin kita berdua berjalan bersama, bergandingan tangan di tepi pantai kala senja.

aku ingin kita berdua duduk bersandingan, berpelukan menghitung bintang di atas lautan.



aku ingin kita berdua di sini. saling melengkapi. sampai akhir nanti.