Monday, January 31, 2011

Mengapa Wanita Selalu Menangis?

Kadang-kadang aku sendiri xtahu mengapa aku boleh menangis sepanjang malam hanya kerana perkara2 kecil. Paling menyakitkan hati bila waktu2 begitu org yg sepatutnya mengambil berat dan memujuk berdengkur dengan semakin kuat. xkisah, xambil peduli pun..jadi ia semakin susah nak berhenti. mataku ni pun dah lali.xbengkak pun bila bgn pagi.apa yg berlaku sepanjang malam xde sapa yg perasan pun.so, im still waiting for the time that im not concern anymore for the simple things happen in my life. sickin' tired of this!
then arini nak share 1 story yg bleh buat org mcm aku ni asa lega kenapa benda ni jadi.



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya: "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab: "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab:"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Setelah si anak menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kpd Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat indah."

"Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cercaan dari si bayi itu apabila dia telah besar."

"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan apapun dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya." Sebab bukan kah "tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?"

"Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

Dan akhirnya, Ku berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus yang diberikan kepada wanita, agar dapat dia gunakan kapanpun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, karena sebenarnya air mata ini adalah "AIR MATA KEHIDUPAN".

Thursday, January 27, 2011

Post-Myomectomy..

Syukur Alhamdulillah ke hadrat MU Ya Allah...
hari ni hari ke-14 recovery from myomectomy operation..
and everything going fine and great..
Alhamdulillah..
Enter a new year with a new hope and dreams..

Mengimbas kembali bagaimana ia bermula 2 tahun yang lalu..tiada apa yg pelik..
tanpa sakit, tanpa senggugut, tanpa heavyflow..cuma setelah penat berdiet, kenapa perut buncit?
setelah terfikir, terus amek emergency leave(masa tu E41 kat perangkaan) and g klinik greentown.
dokt cek and found ada mass kat abdomen. dokt bagi surat, refer to x-ray n ultrasound department at GH.
I have to wait about 2 months.masa tu dalam hati mmg dah tahu cuma xjelas bagaimana keadaannya.

Masa ni kritikal sgt. Allah je yg tahu apa yang terjadi. dalam hati cuma berserah dan berdoa semoga dipanjangkan jodoh dengan dia..menangis 25 jam sehari..smpai bengkak2 mata.
tapi bila 'gayut' kena control.padahal letak je telefon, air mata macam empangan pecah..
Sedikit pun aku xsimpan benda ni dari dia.cuma cara penyampaian mestilah berhemah.berhati2.
tapi bukan bermakna ada rahsia.telus dan jelas.Alhamdulillah dia faham n belajar..malah dia lebih byk buat research dari tuan punya bdn..sedih bila teringat zaman tu..sedih bila fikir betapa dia sygkan kita sedangkn kita xcukup baik utk dia.

Dugaan datang xberhenti..dalam pada itu, masalah dari keluarga timbul.Aku ketika itu berserah segala-galanya pada Allah. Hilang sudah upayaku. Hilang sudah usahaku..Usaha yang ada cuma pujuk dia supaya bersabar dan pujuk diri sendiri.. Aku letakkan segala keputusan di tangannya. Biarlah dia fikir kan sendiri yang mana benar yang mana fitnah. Aku percaya pada Mu Ya Allah..Jika dia terbaik buat dunia akhiratku, satukan hati-hati kami, jodohkan kami..jika tertulis dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan mataku, jauhkan dia dari hatiku supaya dia bertemu insan lain yang jauh lebih baik dariku..kerana aku sgt2 sayang kepadanya..dan Alhamdulillah..kami memang diciptakan utk bersama..

berbalik kepada masalah kesihatanku. setelah dikenal pasti bahawa terdapat 'multiple uterine fibroids', aku dihantar pula ke gynea clinic di GH..bermula lah rutin melawat clinic ni setiap 2 ke 3 bulan..pada mulanya dokt kata keadaan u ni xmerbahaya. kalau u nak operate, kita operate buang fibroid sahaja.tapi risiko agak tinggi n mgkin di satu tahap dokt terpaksa membuang rahim dan akibat daripada itu tentu diketahui..
Aku nekad dalam hati ketika itu, apa pun yg terjadi aku akan cuba sedaya upaya walau terpaksa bergadai nyawa utk melahirkan zuriat dia..(walaupun ms tu blum kawen lg).sbb dia suka sgt budak..masa tu mcm2 la dalam hati walaupun xpenah cakap kat dia.kalau aku mmg xboleh nak ada anak sendiri, xpelah kalau dia nak ada nak sendiri (dgn org len). ini takdir aku, aku terima..tapi kalau dia xbleh terima, aku faham kenapa..tambah2 dgn masalah family..

segala kekusutan akhirnya terlerai..5 jun 2010, aku sah bergelar isteri..Syukurnya tidak dapat digambarkan..
aku cuba utk mengandung secepat mgkin.tp dia belum bersedia.ketika aku xcited sbb lmbat period, dia plak xsuka.sbb masa tu masalah lain pula sedang timbul..yang ni xperlu la nak citer.sbb aku dah janji xkan ungkit perkara ni. apa yg terjadi selepas keputusan yang dia buat sendiri, aku terima dgn tgn terbuka walaupun ia melibatkan hidup aku sendiri.so, tutup citer.

jadi, aku faham mengapa kami xbleh ada baby lagi. kami belum bersedia terutama dari segi kewangan. hidup berdua pun terumbang ambing, mcm mn nak ada baby. walaupun tidak merancang tp mmg xberjaya lg.

sampai la raya puasa 2010. aku mengalami sakit di bahagian abdomen yg amat sgt. nila 1st time beraya bersama mertua. tp jadi mcm ni plak.
dua kali aku dikejarkan ke kecemasan GH kangar. dokt pada mulanya suspek appendix. diaorg cek darah n air kencing. gladder, liver. everything good. tapi sakit masih berterusan sehingga pulang ke ipoh.
di ipoh, akhirnya aku dimasukkan ke wad 1c.sbb scan menunjukkan fibriod2 tu dah semakin membesar dan menolak diagfram.organ2 lain terhimpit. jadi dokt suggest utk buat operation. aku pada mulanya mmg xnak. tapi abg pujuk suruh selesaikan masalah ni.apa yg jadi selepas tu nant kita fikir kemudian.nanges lagi...

doktor bagi suntikan lucrin utk dua bln. jadi bln 10,11 n 12 aku xdtg period..temporary menopous kata dokt.
bulan 12 ada jumpa dokt ganesh utk appointment operation n every fibroid are shrinks..dah mengecil.n cyst dah ilang. Alhamdulillah...

jadi 14/1/2011 berlangsunglah myomectomy ke atas diriku...Alhamdulillah segalannya selamat..
lebih menggembirakan mak, adik n kak dtg dari perlis.n tido di umah sewa kami yg xseberapa tu...

keesokkan hari, aku mmg xbgn dari katil sepanjang hari. takut n masih sakit.hari kedua nurse dah cabut tiub kencing n kena la bgn pelan2 g bilik air.
hari ketiga dah bleh balik....
Alhamdulillah...keje umah bleh buat sikit2 setelah beberapa hari...
mak pun dtg seminggu tu utk temankan aku..
skarang ni xdah.
k la..ni post paling panjang kot.nak mandi n masak.sambil menunggu kepulangan en.suami tercinta..

gambar ni disnap secara curi2 dari fail aku..lakaran rupa uterus aku sebelum operation dilakukan.takut gak tgk.

Petua mengekalkan kebahagiaan dlm perkahwinan

Terjumpa tips2 mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan ni.just sharing.most of the things are there.mgkin ada 2, 3 yg perlu dibaiki lagi.. 


•Sentiasa berdoa agar disayangi.
•Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
•Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
•Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
•Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
•Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
•Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
•Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
•Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
•Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
•Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
•Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
•Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
•Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
•Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
•Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
•Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
•Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
•Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
•Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
•Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
•Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
•Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
•Sentiasa lakukan ibadah bersama.
•Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
•Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
•Urut belakang isteri sekali sekala.
•Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
•Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
•Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
•Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
•Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
•Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
•Lebihkan isteri daripada anak-anak.
•Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
•Seeloknya masuk tidur serentak.
•Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
•Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
•Lakukan riadah bersama isteri.
•Pergi berkelah sekali sekala.
•Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.