Tuesday, December 27, 2011

Anugerah Yang Dinanti.....

Syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang selama ini amat kunantikan...
Akhirnya masa itu telah tiba...memang ku akui sejak akhir2 ni keinginan itu telah aku longgarkan sbb xnak lagi menanggung kecewa seperti yang sudah2..sbb ada org pernah ckp, jgn terlalu berharap. nak sgt akan buatkan kita xdpt apa yg kita nak tu..

ber cerita tentang bagaimana ia diketahui, aku perasan dah aku lewat period.tapi xnak cek lagi memandangkan dah ada pengalaman di mana aku delay period almost 2 weeks. bila cek, negatif n esoknya terus period. so, kali ni aku buat bodo je..lagipun, aku jadi takut plak sbb kontrak keje dah nak abes. kalau aku pregnant, jabatan nak ke sambung kontrak aku..huhu aku ckp kat abg, jgn berharap sgt. kalau ada rezeki kita, Alhamdulillah..tapi kalau xde, kita cuba lagi..

setelah genap 3 minggu delay, aku pun beranikan diri utk test..n Alhamdulillah ini lah keputusannya...Abg yg tengah mamai (baru bgn tido pun tanya) 'pastu kita kena buat apa sekarang ni?' lawak plak rasa soalan laki aku ni..maklumla 1st time..

then, ktorg siap2 n g klinik edina simpang pulai (sbb klinik jerry tutup). bila tunjuk upt tu, doktor terus ckp dah sure puan mmg pregnant. nothing to confirm anymore..then aku mintak dia bgtau EDD n sikit advise since this is my 1st pregnancy.

ikut kiraan dia, sekarang dah 7 minggu lebih katanya. EDD nanti 23 Julai 2012..:) then  aku tanya nape aku xde pun muntah2, loya ke apa..doktor tu ckp setiap org ni lain..bergantung pada orang.ada yg ok, ada yg teruk sampai kena masuk wad..kira u ni bertuah kalau u xalami tu sume..n doktor kata minggu dpn u dah bleh g bukak buku merah kat klinik kerajaan..

Makanya tersenyumla 2 hamba Allah ni keluar dari klinik tu..perkara 1st yng abg ckp, 'kita kena simpan duit dah ni'..Aku pun daripada fikir mcm2, dah mula boleh berfikir secara positif..Setiap hamba Allah, ada rezkinya..dan aku percaya, anak ini adalah rezki yang sangat bernilai, rezkinya juga telah tertulis...Insyaallah...

harapan ku semoga aku dan baby sihat dan xde masalah..semoga dipermudahkan segalanya...murah rezki n selamat....Amin...

Thursday, October 27, 2011

Deepavali 2011..

Hari ni merupakan 1st time sambut deepavali kat seri palma ni. n 1st time jugak la pagi2 cuti ni dikejutkan dgn letupan mercun, ni angkara jiran2 'baikku' yang kat depan rumah tu la..
xpela, bagi chance jela.. diaorang raya sekali je setahun. aku raya dua kali, minggu depan raya haji. n yang besnya raya haji kali ni balik perlis..yahuu..

Cuti kali ni xkemana2 pun..di rumah je..n berjaya la aku siapkan baju kurung yang dah lama ku beli kain nya tu..
Alhamdulillah..
Akibat keboringan juga lah, aku merayau dlm pc en hubby n jumpa balik gambar zaman dolu2..bes gak..jom layann..


ni gambar feveret ni....dinner last sem kat arau.dinner BISMARK ni buat kat putra palace..

 dulu2 dating nek kancil putih ni la...teringin gak nak naik balik..dulu rapat, skarang mesti bertambah rapat sbb dua2 dah membesar..hahaha


 ni pacuan empat roda pertamaku...byk betul kenangan ngan si wdw3336 ni..n byk jugak la duit aku terbang disebabkan dia..tapi dia tetap yang terbaik..tekan minyak atas highway memang terasa besnya...tapi aku pemandu berhemah...xpenah kena speed trap tau..yg menarik tentang gambar ni adalah......aku masih kurus.haha



kelakar betul gambar ayen ni...ni masa ayen muda2 dulu..zaman ni dia jual mahal ngan aku..skarang mujur dah ok..

ni gambar masa ctah @ birasku bertunang..sbb tu ada mak, adik n tok..masa gambar ni diambil, i am nothing..but now, i am part of them..Alhmadulillah..n kat bwh ni ada hubby ku..klakar..tapi nila jodoh namanya..
sori syg, saja buh gambar ni utk ingatkan abg pasal jam tgn mahal yang hilang tu...hehe..
byk lagi gambar tapi dah lewat sgt dah ni..len kali jela sambung..

Saturday, August 20, 2011

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri seorang blogger comels namanya,terima kasih kerana menulis dengan bahasa yang indah-indah.

aku merayau-rayau dalam facebook dan tetiba teringat kat blog yg dah lama xde luahan rasa aku ni. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.



hubby ku bushuk!!

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.

bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)



keluarga









aku ada mak, ayah, dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? kami sdik beradik dikurniakan mak & abah yang sangat memahami, dan supportive dan sporting..yang buat aku terharu sgt mak & abah xpenah sekali pun ambil mudah utk hadir pada hari yang memerlukan kehadiran mereka.daripada zaman hari kad pelaporan di sekolah, setiap kali hari sukan, hari mesyuarat PIBG, sehinggalah menghantar masuk ke universiti, konvo dan sebagainya...mereka sentiasa ada..bab ni mmg leleh air mata bila tiap kali terkenangnya betapa besarnya pengorbanan mereka..

kami bukan dari keluarga yang senang..abah membanting tulang seorang diri membesarkan kami 7 beradik..walaupun apa org kata tentang abah, aku tetap ada si belakangnya..sbb aku kenal abah aku. aku kenal dia lebih dari org yg gemar mengata..along sentiasa di sisi abah walau apa pun yg org nak kata..u are the best dad in d world..

mak orangnya sangat penyabar.mak bertahan dan byk kemudikan hal2 rumah..dari pelbagai segi.dari pelbagai sudut. dari hal mencari benda nak makan, sampai la ke hal2 persekolahan anak, sehingga lah ke hal bertukang2 di rumah..sbb tu mak dpt gelaran 'doraemon'.sbb apa pun masalah yang timbul, mak mesti boleh selesaikan.

Aku bersyukur ya Allah............


mak mertua dan keluarga


aku sangat bertuah punya mak mertua yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)
Dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...

Saturday, April 30, 2011

luasnya maksud lapar

manusia ni xpenah lari dari masalah..semalam ada tgk cerita adik di yv9..ustaz zambri kata antara dugaan yg diturunkan oleh Allah adalah dugaan kelaparan..maksudnya manusia dihambat rasa tidak pernah puas.sentiasa mengejar yang lebih dari apa yg dia dapat. dah dpt makan, nak yg sedap.dah dpt keje, nak yg gaji banyak.dah dapat kereta nak yg besar, cantik.maksud lapar tu luas rupanya..

berbalik pada kehidupan aku..Alhamdulillah..aku dah bekerjaya semula..dan mcm biasa jgk, keje aku mmg akan stress..tapi xbleh nak merungut gak sbb nak gaji lebih, kena pikir lebih la dari org lain.kena la keje kuat demi kehidupan yg masih baru nak mula ni..byk sgt impian yg nak dicapai..jgn mengharap org lain nak senangkan kita.kita kena cari sendiri..itu kehidupan aku..

sbb bila kita dah putuskan utk menerima seseorg dalam hidup kita, kita perlu bersedia dgn kekurangan dan kelebihan yg dia ada..sbb status isteri byk limit2 yg perlu kita fikir..berdoalah semoga dia pun fikir perkara yg sama..jgn persoalkan sgt tentang tanggungjwb..kalau dia xmampu, xpe.kita kongsi apa yg ada dulu..

mm..xmaula layan perasaan ni. baik basuh kain . mula masak.hari ni hari utk dia ber'isteri' 'dan 'rehat'(beristirehat)...

Sunday, March 13, 2011

Pintu Rezeki

Hanya Allah yang tahu betapa selesanya hati ni bila satu masalah yg utama ni dah selesai..Alhamdulillah...Syukur padaMu Ya Allah..Maha Mengasihani dan Maha Penyayang..

Pas ni xla serabut sangat fikiran n ktorg bleh la susun hidup kami yg baru..
Order choc cupcakes pun nampaknya xmmenang tangan..sampai naik penat..tapi ni rezki Allah..
Setiap dugaan dan kesusahan yg menimpa, Insyaallah ada jalan utk kita selesaikannya..
teringat kat lagu Maher Zain Insyaallah versi melayu plak.
Skarang ni kena cari jalan utk aku plak.mcm mn ni? satu pun mata kail xsangkut..semoga cepat2la rezki utk aku pulak tiba..Insyaallah..ke percaya ada cinta.masa itu pasti akan tiba jua satu hari nanti..

susah betul nak upload gmbar.benci betul!

Sunday, February 20, 2011

Perbezaan Antara Lelaki & Perempuan

memang banyak artikel yang aku jumpa pasal ni..
tapi yang ni teori aku sendiri merangkap luahan hati aku sendiri.

1. orang pompuan boleh duduk umah sorang2, jaga anak, buat keje umah, tgk tv sepanjang hari.
tapi orang laki xboleh. diaorg akan rasa bosan yang teramat sangat dan mereka lebih rela merayau, melepak atau pegi ke tempat yg xmendatangkan faedah langsung. sedangkan kalau diaorg duk umah, luang masa, borak2 ngan bini kat umah dapat jugak pahala.langsung xrasa kesian kat bini duk menung sorang2. tgk tv pun terpaksa gelak sorang2. nak cakap pape pasal citer tu, cakap la kat teddy yg teman kan dia.

2. orang laki boleh buat benda yang diaorang rasa saja2 nak buat. saja2, suka2. sedangkan si isteri fikir banyak kali nak propose buat benda yang saja2. bukan nak buat, baru nak propose dah kena pikir sbb nant gerenti idea kena reject. bila idea kena reject, rasa sakit ati sangat. and bila dah sakit ati sangat dia akan sedih, nangis, boikot. tapi kalau boikot pun, si suami xperasan pun bini dia tu tgh boikot dia. sbb dia sentiasa rasa dia xsalah. bila xsalah, memang dia xkan mintak maaf. kalau pun mintak maaf, sbb malas nak layan perangai bini dia. bukan sbb nak baiki diri dan baiki hubungan. nak janji xbuat lagi? mimpi jela.

3. orang laki boleh bersuka suka di luar bersama kawan2 dia. dah dapat kluar, xpayah harap la dia nak mesej ke apa. sedangkan dia tau masa dia kluar td bini dia masam. maybe dalam ati 'nasib baik aku kluar.klu x, kena layan dia pulak'. sedangkan bini cuma akan kluar atas sebab yg kukuh je. bersuka ria dgn kwn2 pun cuma join kalau bleh bwk laki. kalau bersuka ria tu utk org bujang, xnak join pun sbb sian kat laki.

4. orang laki sanggup rancang nak g bercuti la, piknik la ngan member2 dia. dahla tu, ngan member2 pompuan. sedangkan rancang bawak bini g honeymun xpenah pun. xpayah jauh2, yg paling dekat ngan umah pun xpenah ada hati nak bawak bini. si bini plak duk la tergedik2 tunggu. bini nak blanja bercuti pun xnak. bagi si bini duit boleh cari, memori indah xbleh beli, masa yang terus berlalu xbleh di cari semula. sbb apa jadi mcm ni? sbb bagi suami, xpenting langsung benda2 mcm tu dalam hidup dia. sedangkan bagi si isteri, suami la hidup dia.

5. orang laki kalau dah buat salah memang xtau nak insaf. esok dia buat lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi.......
dan si isteri pula makan hati, menangis di malam hari saban hari.........

xpela. dah nasib badan. tapi si isteri tetap sayang, bersyukur malah berterima kasih atas segala pemberian dari suami nya..dalam hati isteri sering berkata, 'ada laki orang lain lagi teruk lakunya..Ya Allah jauhkan rumahtangga kami dari segala yang keburukan di dunia dan akhirat...'

Thursday, February 17, 2011

kupercaya...

Kupercaya dia akan buat yang terbaik buat kehidupan kami. Dia akan jaga aku sebaik mungkin. Dia akan sediakan semua keperluan dan kehendakku nant..suatu hari nanti..kupercaya itu..


Tajuk/Lirik Lagu: Kupercaya Ada Cinta
Artis/Penyanyi: Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(*)

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

(Korus)

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi

Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)

(Ulang Korus)

(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

kenangan masa baru lepas kawen...manisnya masih kuterasa..


Wednesday, February 16, 2011

tekanan..

tertekan nya bila kita kita xdpt meluahkan apa yg ganggu fikiran kita kat orang.
kita berfikir xberhenti tp dia buat xtau je..
tabahkan hati, kuatkan iman...

Wednesday, February 9, 2011

kerja oh kerja..

skarang ni masing2 buntu..xde kerja
Alhamdulillah bisnes ok.ada la jgk income utk janakuasakan kehidupan sehari-hari.
Nampaknya kena lebih usaha utk dapatkan kerja

Yg terbaru?Aku masih berpantang.sebenarnya berpantang dalam erti kata yang sebenarla. sbb sbelum xbenar sgt.dan dah terima akibatnya.huhu.

Acu n paksu ada dtg utk tgk n nasihat mcm mn nak buat. Alhamdulillah xteruk sebenarnya.
En.nurse?mm..xtau nak ckp mcm mn.kdg2 asa mcm dia mmg xamek berat pun..sbb dia ada byk benda lain yg lebih penting nak buat berbanding pesakit/isteri dia ni.tgh dressing kalau ada rncngan tv yg menarik, pesakit kena la tunggu dia nak tgk benda tu. Hal2 keperluan, ubat apa yg perlu xkisah pun.sendiri la kena cari.huhu..xpela.tp Alhamdulillah dia byk tolong.Tambah2 bab basuh kain.

okla..im out of mood sbb byk sgt hal yg masih xsetel.
hopefully everything will be fine soon.very soon..
Amin...
geng2 seangkatan..



Wednesday, February 2, 2011

semoga mentari menyinar kembali..

busan busan busan duk di rumah..huhu
setelah sekian lama menjenguk laman web mara akhirnya arini ada gak la news utk aku. hopefully kali ni nasib masih menyebelahi..betul2 berdoa..getting critical here.tambah2 bila sm2 jobless ni.huhu

tapi Alhamdulillah order cake byk.kdg2 menung gak fikir bleh ke aku handle ni.assistant plak straight.takutnya..huhu
order yg dah masuk
ija ank pak cik rosli 4/6-200 biji pink kaler
kak yg duk tmn bersatu(lupa save nama dia) 12/3-800 biji red in color
latest kak hasnah 6/6- 600 biji
total=1600 biji..Insyallah..
tgh dok risau pikir gak ni.
katakan lah aku dpt pensyarah mara tu, kena plak g jauh.abesla bisnes..tutup.huhu.
harap2 dapat kat seri iskandar.aku bleh berulang alik.stay kat sini.aminnnnnn...

selain dari tunggu mara, aku tgh tunggu gstt.n back up gak, aku dah call puan maznah utk cari tmpat kat perangkaan.tu setakat ni.harap2 adala mata kail yg sangkut.amin...jugak.

citer pasal luka operate.2,3 arini asa luka xberapa baik la.macam basah je.risau sgt dia terbukak.huhu.takoott..niat di hati nak rehat, duduk lama2 supaya daging tu tumbuh cepat dan cantumkan sume.tp napela aku xbleh duk diam.ada je benda nak buat.walaupun bila jalan asa ngeri..
nak buh gmbar tp xbleh plak.xpela.next time.

Monday, January 31, 2011

Mengapa Wanita Selalu Menangis?

Kadang-kadang aku sendiri xtahu mengapa aku boleh menangis sepanjang malam hanya kerana perkara2 kecil. Paling menyakitkan hati bila waktu2 begitu org yg sepatutnya mengambil berat dan memujuk berdengkur dengan semakin kuat. xkisah, xambil peduli pun..jadi ia semakin susah nak berhenti. mataku ni pun dah lali.xbengkak pun bila bgn pagi.apa yg berlaku sepanjang malam xde sapa yg perasan pun.so, im still waiting for the time that im not concern anymore for the simple things happen in my life. sickin' tired of this!
then arini nak share 1 story yg bleh buat org mcm aku ni asa lega kenapa benda ni jadi.



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya: "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab: "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab:"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Setelah si anak menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kpd Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat indah."

"Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cercaan dari si bayi itu apabila dia telah besar."

"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan apapun dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya." Sebab bukan kah "tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?"

"Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

Dan akhirnya, Ku berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus yang diberikan kepada wanita, agar dapat dia gunakan kapanpun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, karena sebenarnya air mata ini adalah "AIR MATA KEHIDUPAN".

Thursday, January 27, 2011

Post-Myomectomy..

Syukur Alhamdulillah ke hadrat MU Ya Allah...
hari ni hari ke-14 recovery from myomectomy operation..
and everything going fine and great..
Alhamdulillah..
Enter a new year with a new hope and dreams..

Mengimbas kembali bagaimana ia bermula 2 tahun yang lalu..tiada apa yg pelik..
tanpa sakit, tanpa senggugut, tanpa heavyflow..cuma setelah penat berdiet, kenapa perut buncit?
setelah terfikir, terus amek emergency leave(masa tu E41 kat perangkaan) and g klinik greentown.
dokt cek and found ada mass kat abdomen. dokt bagi surat, refer to x-ray n ultrasound department at GH.
I have to wait about 2 months.masa tu dalam hati mmg dah tahu cuma xjelas bagaimana keadaannya.

Masa ni kritikal sgt. Allah je yg tahu apa yang terjadi. dalam hati cuma berserah dan berdoa semoga dipanjangkan jodoh dengan dia..menangis 25 jam sehari..smpai bengkak2 mata.
tapi bila 'gayut' kena control.padahal letak je telefon, air mata macam empangan pecah..
Sedikit pun aku xsimpan benda ni dari dia.cuma cara penyampaian mestilah berhemah.berhati2.
tapi bukan bermakna ada rahsia.telus dan jelas.Alhamdulillah dia faham n belajar..malah dia lebih byk buat research dari tuan punya bdn..sedih bila teringat zaman tu..sedih bila fikir betapa dia sygkan kita sedangkn kita xcukup baik utk dia.

Dugaan datang xberhenti..dalam pada itu, masalah dari keluarga timbul.Aku ketika itu berserah segala-galanya pada Allah. Hilang sudah upayaku. Hilang sudah usahaku..Usaha yang ada cuma pujuk dia supaya bersabar dan pujuk diri sendiri.. Aku letakkan segala keputusan di tangannya. Biarlah dia fikir kan sendiri yang mana benar yang mana fitnah. Aku percaya pada Mu Ya Allah..Jika dia terbaik buat dunia akhiratku, satukan hati-hati kami, jodohkan kami..jika tertulis dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan mataku, jauhkan dia dari hatiku supaya dia bertemu insan lain yang jauh lebih baik dariku..kerana aku sgt2 sayang kepadanya..dan Alhamdulillah..kami memang diciptakan utk bersama..

berbalik kepada masalah kesihatanku. setelah dikenal pasti bahawa terdapat 'multiple uterine fibroids', aku dihantar pula ke gynea clinic di GH..bermula lah rutin melawat clinic ni setiap 2 ke 3 bulan..pada mulanya dokt kata keadaan u ni xmerbahaya. kalau u nak operate, kita operate buang fibroid sahaja.tapi risiko agak tinggi n mgkin di satu tahap dokt terpaksa membuang rahim dan akibat daripada itu tentu diketahui..
Aku nekad dalam hati ketika itu, apa pun yg terjadi aku akan cuba sedaya upaya walau terpaksa bergadai nyawa utk melahirkan zuriat dia..(walaupun ms tu blum kawen lg).sbb dia suka sgt budak..masa tu mcm2 la dalam hati walaupun xpenah cakap kat dia.kalau aku mmg xboleh nak ada anak sendiri, xpelah kalau dia nak ada nak sendiri (dgn org len). ini takdir aku, aku terima..tapi kalau dia xbleh terima, aku faham kenapa..tambah2 dgn masalah family..

segala kekusutan akhirnya terlerai..5 jun 2010, aku sah bergelar isteri..Syukurnya tidak dapat digambarkan..
aku cuba utk mengandung secepat mgkin.tp dia belum bersedia.ketika aku xcited sbb lmbat period, dia plak xsuka.sbb masa tu masalah lain pula sedang timbul..yang ni xperlu la nak citer.sbb aku dah janji xkan ungkit perkara ni. apa yg terjadi selepas keputusan yang dia buat sendiri, aku terima dgn tgn terbuka walaupun ia melibatkan hidup aku sendiri.so, tutup citer.

jadi, aku faham mengapa kami xbleh ada baby lagi. kami belum bersedia terutama dari segi kewangan. hidup berdua pun terumbang ambing, mcm mn nak ada baby. walaupun tidak merancang tp mmg xberjaya lg.

sampai la raya puasa 2010. aku mengalami sakit di bahagian abdomen yg amat sgt. nila 1st time beraya bersama mertua. tp jadi mcm ni plak.
dua kali aku dikejarkan ke kecemasan GH kangar. dokt pada mulanya suspek appendix. diaorg cek darah n air kencing. gladder, liver. everything good. tapi sakit masih berterusan sehingga pulang ke ipoh.
di ipoh, akhirnya aku dimasukkan ke wad 1c.sbb scan menunjukkan fibriod2 tu dah semakin membesar dan menolak diagfram.organ2 lain terhimpit. jadi dokt suggest utk buat operation. aku pada mulanya mmg xnak. tapi abg pujuk suruh selesaikan masalah ni.apa yg jadi selepas tu nant kita fikir kemudian.nanges lagi...

doktor bagi suntikan lucrin utk dua bln. jadi bln 10,11 n 12 aku xdtg period..temporary menopous kata dokt.
bulan 12 ada jumpa dokt ganesh utk appointment operation n every fibroid are shrinks..dah mengecil.n cyst dah ilang. Alhamdulillah...

jadi 14/1/2011 berlangsunglah myomectomy ke atas diriku...Alhamdulillah segalannya selamat..
lebih menggembirakan mak, adik n kak dtg dari perlis.n tido di umah sewa kami yg xseberapa tu...

keesokkan hari, aku mmg xbgn dari katil sepanjang hari. takut n masih sakit.hari kedua nurse dah cabut tiub kencing n kena la bgn pelan2 g bilik air.
hari ketiga dah bleh balik....
Alhamdulillah...keje umah bleh buat sikit2 setelah beberapa hari...
mak pun dtg seminggu tu utk temankan aku..
skarang ni xdah.
k la..ni post paling panjang kot.nak mandi n masak.sambil menunggu kepulangan en.suami tercinta..

gambar ni disnap secara curi2 dari fail aku..lakaran rupa uterus aku sebelum operation dilakukan.takut gak tgk.

Petua mengekalkan kebahagiaan dlm perkahwinan

Terjumpa tips2 mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan ni.just sharing.most of the things are there.mgkin ada 2, 3 yg perlu dibaiki lagi.. 


•Sentiasa berdoa agar disayangi.
•Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
•Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
•Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
•Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
•Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
•Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
•Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
•Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
•Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
•Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
•Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
•Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
•Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
•Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
•Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
•Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
•Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
•Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
•Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
•Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
•Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
•Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
•Sentiasa lakukan ibadah bersama.
•Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
•Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
•Urut belakang isteri sekali sekala.
•Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
•Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
•Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
•Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
•Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
•Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
•Lebihkan isteri daripada anak-anak.
•Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
•Seeloknya masuk tidur serentak.
•Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
•Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
•Lakukan riadah bersama isteri.
•Pergi berkelah sekali sekala.
•Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.