Monday, February 27, 2012

Asam Garam Kehidupan..

Kadang-kadang kita lebih memikirkan perasaan orang lain dan tanggapan mereka sedangkan kita sedaya upaya bertahan.sbb tu kita tak boleh menilai seseorang melalui luarannya sahaja. don't judge a book by its cover.

bagi aku, blog aku ni mcm blog syok sendiri je.sbb bukannya nya ada reader lain selain diri aku sendiri. kalau ada silent reader tu xtau la pulak. kalau ada, silalah beritahu saya ye..supaya saya lebih berhati2 dalam penceritaan dan pembongkaran kisah hidupku ini.

berbalik pada topik, hidup kita ni kadang2 manis, kadang2 pahit, kadang2 payau, kadang2 masin. byk perasanya. kadang2 susah, kadang2 selesa, kadang2 lega, kadang2 senang. back to my own story, its hard to recall my 'senang' time. sbb most of the time are selesa. nak capai ke tahap senang tu mungkin masih in construction.haha. Insyaallah..

Since masih berdua ni, xbanyak sgt la karenah dan hal yg perlu aku hadapi..its only my lovely husband yg byk perlukan perhatian, sokongan dan pujukan kdg2..huhu..i promise tu make he happy and surrender my all.. so i dont want to make a regret confession here..yes, i'm really happy to be his wife..i know he tried so hard to make me happy and make all my dream come true. but may be it's not the time yet. its ok, i still have plenty of time..Insyaallah..

What i suppose to think is about me, myself. what is my plan? what should i do? or how to do? i know i have to do something about my family (my little family). what is my plan for my baby? memang agak serabut tapi kalau aku xmulakan sekarang, bila lagi? bak kata fara, baby dah nak keluar ni, bila nak berubah?hehe (ayat utk husband dia dulu)

Lepas deliver nanti, aku mesti bersungguh2 sempurnakan kehidupan keluargaku yang baru nak berkembang ni. its sound good kan? tapi aku xnak its just sounds like good. i want it be so good in reality. i want to able to pay all our already commitment. plus i want to have my own things..kalau berdasarkan yang lepas2, bukannya aku xmampu. tapi byk bertangguh sbb perlu fikirkan orang lain, dan perlu kongsikan hak aku itu dengan orang lain. mak selalu cakap, aku dari kecik sentiasa ada rezki yang datang utk aku. mak jugak ckp, dari kecik, aku akan dapat apa juga yg aku nak/impikan cuma mungkin cepat atau lambat. dan bila difikirkan semula, its true. its all true..selama ni aku dapat setiap apa yang aku hendak. yang aku tak ada, mungkin sbb aku sendiri yang xnak benda2 tu.

sebelum ni, aku mampu simpan duit beribu-ribu. tapi xtau kenapa sekarang susah sgt nak simpan hatta RM50 sebulan. duit mengalir mcm air yang tak ditakung. ia pergi begitu saja..mmm..sedihnya..

mcm xpercaya, rm3000 sememangnya xcukup menampung kehidupan kami. tapi itulah kebenarannya..nanti dah ada baby, tentu semakin tinggi kos sara hidup kami..tapi aku percaya setiap makhluk Allah, ada rezkinya..moga ada rezki yang baik untuk baby kami ni..abah boleh besarkan kami 7 beradik dengan baik sekali walaupun pahitnya dia dan mak saja yang tau..memang kami miskin harta, miskin duit. tapi kami kaya dengan kasih sayang.. terima kasih mak, abah..kenang kan mereka, air mata ni akan menderu2 terjun macam air terjun niagara..semoga aku dan suami mampu mengikut jejak langkah mereka..Amin..

 parents to be yg gedixxxss..haha

Friday, February 24, 2012

Almost 19 weeks! Yeay!

Sedar tak sedar dalam 2 hari lagi kandunganku akan memasuki ke 19 minggu!hampir separuh perjalanan..Alhamdulillah..Semoga selamat hingga melahirkan...

Sebenarnya aku xsabar menunggu '1st kick' from the baby..biasanya orang cakap 18minggu dah boleh rasa tapi aku belum rasa lagi..tentu baby cakap 'apala mama ni, xsabar2..nant baby dah besar, mama plak xlarat nak layan tendang2..'hehe.so, mama sedang bersabar la ni sayang..

minggu depan Insyaallah aku akan mula bekerja di PPI. nursery baby..sebenarnya agak mencabar tapi Insyaallah aku akan buat je apa pun demi keluarga ku ni..harap2 ada rezki lebih kalau perangkaan panggil semula sbb gaji bekerja di PPI sejujurnya tidak membantu..but better than never..so aku g jela.

en hubby skarang ni suka sgt crita pasal impian kek nya..nak buat mcm tu, nak buat mcm ni..aku ikutkan jela..aku tau dia cuba fikirkan yang terbaik, cuba buat yg terbaik cuma mungkin belum rezki lagi..Insyaallah rezki kami akan tiba juga nanti..semoga rezki baby..

talking about the baby's development:
in this weeks (18 weeks) baby sudah pandai memberi respon terhadap pergerakan tubuh mamanya. Dia sudah boleh menumbuk dan menendang (tetapi aku masih belum dapat merasakan pergerakannya lagi). Panjangnya kira2 16-18 cm dan beratnya kira2 150gram. Cap jarinya juga telah mula terbentuk.
Waktu ini, hubungan antara mama & baby mulai erat. Kerana itu apabila mama sedih, gembira, lapar, dahaga atau apa saja perasaan yang mama alami, baby juga boleh merasakannya..

Tuesday, February 21, 2012

mengapa mengeluh?

hampir 2 bulan dah percutian aku kat umah ni..bosannya Allah je yg tahu..dan dah start runsing bila pikirkan simpanan dah semakin susut..semoga bulan 3 ni rezki berpihak kepada aku..BR1M yg ditunggu pun xdapat lagi.roadtax plak dah memanggil2 utk diperbaharui...huhu

perutku dah semakin membesar..Alhamdulillah..dah dua kali scan dan nampaknya dia sihat je bergolek2 kat dalam ni..semoga sihat sehingga melahirkan...mama n abah xsabar nak tunggu baby..moga jadi anak yg comel, pintar, dan soleh/solehah..sekarang mengikut kiraan aku dah memasuki 18minggu..tapi maybe xterasa lagi pergerakannya sbb dia kecik sedikit dari umurnya..tp doktor cakap dia sihat dan aktif...Alhamdulillah..

Thursday, January 19, 2012

LoYa+MuNtAh+xLalU MaKaN....HuHuuu

Bila nak memasuki 12minggu, aku jadi xlarat sangat..muntah, bdn xlarat, makan pun sikit je..xlalu.kalau makan jgk, keluar semula la melalui 'atas'..huhu..hari tu punyala pelik xmuntah. skarang plak xsabar nak bagi seksaan ni berlalu dgn cepat..semoga dipermudahkan....Amin..

Pusing2 kat forum ratuhati, jumpa artikel ni n rasa nak simpan ia...berguna dan harap ramai suami yg minat membaca dpt baca..(en. suami sy mmg xkan bc)..



 

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. 

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. 

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. 

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual. 

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
- Drzubaidi HjAhmad via FB

Tuesday, December 27, 2011

Anugerah Yang Dinanti.....

Syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang selama ini amat kunantikan...
Akhirnya masa itu telah tiba...memang ku akui sejak akhir2 ni keinginan itu telah aku longgarkan sbb xnak lagi menanggung kecewa seperti yang sudah2..sbb ada org pernah ckp, jgn terlalu berharap. nak sgt akan buatkan kita xdpt apa yg kita nak tu..

ber cerita tentang bagaimana ia diketahui, aku perasan dah aku lewat period.tapi xnak cek lagi memandangkan dah ada pengalaman di mana aku delay period almost 2 weeks. bila cek, negatif n esoknya terus period. so, kali ni aku buat bodo je..lagipun, aku jadi takut plak sbb kontrak keje dah nak abes. kalau aku pregnant, jabatan nak ke sambung kontrak aku..huhu aku ckp kat abg, jgn berharap sgt. kalau ada rezeki kita, Alhamdulillah..tapi kalau xde, kita cuba lagi..

setelah genap 3 minggu delay, aku pun beranikan diri utk test..n Alhamdulillah ini lah keputusannya...Abg yg tengah mamai (baru bgn tido pun tanya) 'pastu kita kena buat apa sekarang ni?' lawak plak rasa soalan laki aku ni..maklumla 1st time..

then, ktorg siap2 n g klinik edina simpang pulai (sbb klinik jerry tutup). bila tunjuk upt tu, doktor terus ckp dah sure puan mmg pregnant. nothing to confirm anymore..then aku mintak dia bgtau EDD n sikit advise since this is my 1st pregnancy.

ikut kiraan dia, sekarang dah 7 minggu lebih katanya. EDD nanti 23 Julai 2012..:) then  aku tanya nape aku xde pun muntah2, loya ke apa..doktor tu ckp setiap org ni lain..bergantung pada orang.ada yg ok, ada yg teruk sampai kena masuk wad..kira u ni bertuah kalau u xalami tu sume..n doktor kata minggu dpn u dah bleh g bukak buku merah kat klinik kerajaan..

Makanya tersenyumla 2 hamba Allah ni keluar dari klinik tu..perkara 1st yng abg ckp, 'kita kena simpan duit dah ni'..Aku pun daripada fikir mcm2, dah mula boleh berfikir secara positif..Setiap hamba Allah, ada rezkinya..dan aku percaya, anak ini adalah rezki yang sangat bernilai, rezkinya juga telah tertulis...Insyaallah...

harapan ku semoga aku dan baby sihat dan xde masalah..semoga dipermudahkan segalanya...murah rezki n selamat....Amin...

Thursday, October 27, 2011

Deepavali 2011..

Hari ni merupakan 1st time sambut deepavali kat seri palma ni. n 1st time jugak la pagi2 cuti ni dikejutkan dgn letupan mercun, ni angkara jiran2 'baikku' yang kat depan rumah tu la..
xpela, bagi chance jela.. diaorang raya sekali je setahun. aku raya dua kali, minggu depan raya haji. n yang besnya raya haji kali ni balik perlis..yahuu..

Cuti kali ni xkemana2 pun..di rumah je..n berjaya la aku siapkan baju kurung yang dah lama ku beli kain nya tu..
Alhamdulillah..
Akibat keboringan juga lah, aku merayau dlm pc en hubby n jumpa balik gambar zaman dolu2..bes gak..jom layann..


ni gambar feveret ni....dinner last sem kat arau.dinner BISMARK ni buat kat putra palace..

 dulu2 dating nek kancil putih ni la...teringin gak nak naik balik..dulu rapat, skarang mesti bertambah rapat sbb dua2 dah membesar..hahaha


 ni pacuan empat roda pertamaku...byk betul kenangan ngan si wdw3336 ni..n byk jugak la duit aku terbang disebabkan dia..tapi dia tetap yang terbaik..tekan minyak atas highway memang terasa besnya...tapi aku pemandu berhemah...xpenah kena speed trap tau..yg menarik tentang gambar ni adalah......aku masih kurus.haha



kelakar betul gambar ayen ni...ni masa ayen muda2 dulu..zaman ni dia jual mahal ngan aku..skarang mujur dah ok..

ni gambar masa ctah @ birasku bertunang..sbb tu ada mak, adik n tok..masa gambar ni diambil, i am nothing..but now, i am part of them..Alhmadulillah..n kat bwh ni ada hubby ku..klakar..tapi nila jodoh namanya..
sori syg, saja buh gambar ni utk ingatkan abg pasal jam tgn mahal yang hilang tu...hehe..
byk lagi gambar tapi dah lewat sgt dah ni..len kali jela sambung..

Saturday, August 20, 2011

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri seorang blogger comels namanya,terima kasih kerana menulis dengan bahasa yang indah-indah.

aku merayau-rayau dalam facebook dan tetiba teringat kat blog yg dah lama xde luahan rasa aku ni. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.



hubby ku bushuk!!

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.

bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)



keluarga









aku ada mak, ayah, dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? kami sdik beradik dikurniakan mak & abah yang sangat memahami, dan supportive dan sporting..yang buat aku terharu sgt mak & abah xpenah sekali pun ambil mudah utk hadir pada hari yang memerlukan kehadiran mereka.daripada zaman hari kad pelaporan di sekolah, setiap kali hari sukan, hari mesyuarat PIBG, sehinggalah menghantar masuk ke universiti, konvo dan sebagainya...mereka sentiasa ada..bab ni mmg leleh air mata bila tiap kali terkenangnya betapa besarnya pengorbanan mereka..

kami bukan dari keluarga yang senang..abah membanting tulang seorang diri membesarkan kami 7 beradik..walaupun apa org kata tentang abah, aku tetap ada si belakangnya..sbb aku kenal abah aku. aku kenal dia lebih dari org yg gemar mengata..along sentiasa di sisi abah walau apa pun yg org nak kata..u are the best dad in d world..

mak orangnya sangat penyabar.mak bertahan dan byk kemudikan hal2 rumah..dari pelbagai segi.dari pelbagai sudut. dari hal mencari benda nak makan, sampai la ke hal2 persekolahan anak, sehingga lah ke hal bertukang2 di rumah..sbb tu mak dpt gelaran 'doraemon'.sbb apa pun masalah yang timbul, mak mesti boleh selesaikan.

Aku bersyukur ya Allah............


mak mertua dan keluarga


aku sangat bertuah punya mak mertua yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)
Dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...