Sunday, October 31, 2010

auichh..

bukan mudah mencuri peluang untuk habiskan masa online mcm ni..
mm..mcm2 perkara yang menyerabutkan kepala ni...
keliru+tensen.

salah satu cara utk melegakan tekanan adalah mmenulis.tp zaman sekarang ni lebih kepada menaip la kot.
ntah la.
sekolah?
crita pasal sekolah, keje mmg byk.bertimbun2.sedangkan cuma ada lagi 3 minggu je lagi utk abeskan smua keje2 tu.entah sempat entahkan tidak..walau mcm mn pun, cuti sekolah bkn bermakna cuti sepenuhnya.tetap kena dtg nant.tp serius paper exam bebudak ni mmg terukk!!

relationship?
mm..mcm2 jugak.perkara yg sm berlaku berulang-ulang kali..again n again..akibatnya juga sm..tp xtau smpai bl.xkan xbleh amek ikhtibar.atau pun mmg sungguh perkara yg penting bg ckin itu lgsung tidak penting bg dia?mgkin terlalu awal.br 4 bln.kalau 4 tahun nanti mesti dah biasa.tp sementara nak smpai 4 tahun, mau jadi tasik kenyir bilik tu.tp xpela.apa yg kita ada, bukan semuanya hak kita...tabahkan hati,kuatkan iman.dugaan demi bakal mematangkan ckin.....

Saturday, October 16, 2010

bukan mcm buat kuih...

ptg td berchatting dgn su..lama xberkongsi cerita..dia pun bermasalah pulak pregnant kali kedua ni...
bercerita tentang keinginan utk mengandung ni, mcm2 cerita...
yang paling ckin ingat, seseorang penah berpesan pada ckin.supaya byk bersabar..buat anak bukan mcm buat kuih.kita boleh plan nak bl, bentuk mcm mn, warna apa. bukan suka2 hati kita nak dia jd...
trima kasih kepada org tersebut yg byk bg dorongan dan kata2 semangat pd ckin slama ni..
apa pun yg ckin nak bt, ckin xpenah lupa tanyakan nasihat daripada nya..budi mu tidak terbalas...

Thursday, October 14, 2010

thanks to the 'pak cik'

teringat masa odw balik sg ptani dulu..
al kisahnya ckin bersebelahan dgn seorg pak cik yang kaki bercakap.
xboleh elak, ckin mendengar setiap apa yg dia sembangkan dengan bdk pumpuan yg betul2 duduk di tepi dia.

pak cik tu rupanya seorang bekas guru yang berhenti untuk bekerja sendiri. dia menceritakan semua kesusahan dan kepayahan bekerja sebagai seorang guru.baginya ia amat membebankan. dalam masa yang sama, dia cuba menarik minat bdk pmpuan tu untuk turut memilih kerjaya sebagai sorang usahawan. kata2 dia byk betulnya jgk. (walaupun bukan semua) sbb setiap orang ada pandangan yang berbeza.

tapi apa yang penting ketika itu ialah, pak cik tu telah menyuntik semangat ckin utk melebarkan sayap bisnes ckin. walaupun berlaku dalam keadaan yang tidak secara sengaja tapi "TERIMA KASIH PAK CIK"...

apa yang penting skarang, ckin perlu luaskan jaringan dan tingkatkan lagi ilmu dan skills..
dan saya dengan ini akan mendaftarkan nama untuk mengikuti kelas membuat kek pada 30 okt ini...
it must be fun...and it will drive me to my dreams...:)

Wednesday, October 6, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...smua berjalan dgn baik..kesihatan pun semakin baik..bersyukur ke hadratMu Ya Allah..
benarlah kata2 bahawa apabila Dia timpakan kamu sesuatu, Dia ingin berikan kamu sesuatu...

Skarang bisnes dah berkembang...dah melangkah satu tapak ke hadapan...
trima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta dan juga abah yg jadi tukang marketing..he2..

Masih ada beberapa perkara yang masih belum selesai n kami masih mencari jawapannya sehingga kini...smoga smuanya berakhir dgn 'happy ending'.

menyemak kembali kalendar, there are a few things that i should be aware of..especially appointments with GH.

Menyambung semula apa yang terbengkalai tempoh hari..apakah ukuran kebahagiaan bg seseorang?kerana manusia itu tidak pernah berasa puas dgn apa yang dimilikinya..

Seringkali aku berfikir sendiri.adakah seorang wanita yang cantik, bekerjaya hebat itu bahagia?
adakah seorang wanita yang dikurniakan anak yang ramai itu bahagia?adakah seorang wanita yang suaminya sentiasa disisi itu berasa bahagia?

Allah Maha Adil....
Apabila Dia mengurniakan sesuatu kelebihan, tentu akan ada kekurangan di tempat yang lain..manusia yang sentiasa dihambat rasa tidak cukup akan mula membuat hal yang tidak sepatutnya....

Aku sering memerhati keadaan sekeliling dan tunduk bersyukur atas apa yang aku kecapi pada hari ini...
ketika aku merasa terhimpit, aku perhatikan ada orang lain yang lebih sakit terhimpitnya dari diriku..
ketika aku merasa mahu menjamah sesuatu yang istimewa, aku perhatikan ada orang lain yang langsung tidak dapat menjamah sesuatu sekadar untuk mengisi perut..
ketika aku merungut tentang layanan seseorang, aku perhatikan ada orang lain yang dahagakan perhatian dan layanan dari seseorang yang sepatutnya mencurahkan semua itu kepadanya..
ketika aku memikirkan bebanan kerja yang menekankan, ada orang lain yang berasa tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan..
ketika aku membayangkan kebahagiaan jika berbadan dua, ada orang lain yang bersedih kerana disahkan berbadan dua....

terlalu banyak pemerhatian dan perbincangan.....

Aku bersyukur atas apa yang aku kecapi hari ini...
Walaupun aku tidak bersepatu vincci
Walaupun aku tidak berhandbag kan Guess
Walaupun aku tidak bertudung Ariani
Walaupun aku tidak bertelefon bimbit terkini
Walaupun tidak dapat bercuti ke tempat impian
Walaupun aku tidak berkereta
Walaupun aku tidak dapat berbuat apa yang aku suka.......

namun aku bahagia.....
atas segala-gala yang aku ada.....
kerana kebahagiaanku adalah sesuatu yang subjektif......................:)