Sunday, December 26, 2010

Kita mencipta kebahagiaan kita sendiri...

Seringkali kita dihimpit dengan pelbagai perasaan yang tidak menyenangkan. Perkara-perkara yg kita tidak mahu ia berlaku tetapi ia tetap hadir dan terus menghantui kita sehari-hari. Persoalan demi persoalan pula akan mula terbit dari hati. Mengapa aku? Mengapa tidak orang lain? Mengapa aku tidak dapat mengecap kebahgiaan seperti orang lain? Mengapa aku tidak dapat memiliki apa yang org itu miliki? Mengapa aku tidak mendapat layanan seperti yang sepatutnya? Apa salah aku? dan terlalu nayak persoalan2 yang terus membunuh didi kita sendiri jika kita tidak bijak mengawalnya.

mari kita berbalik kepada fitrah kita sebagai hambaNya..malah Rukun iman turut menyatakan kita wajib percaya kepada qada' dan qadar' yang telah ditetapkan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha. Kerana itulah kebahagian kita sebenarnya kita yang mencorakkan nya...

Memang berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita tetapi bilangannya amat sedikit berbanding dengan sesuatu yang kita sendiri yang mencipta ruang ke arah perkara itu..Kerana itu, apabila kita deberi sesuatu dugaan yang kita tidak menjangkakan, malah di luar kemampuan kita, kita harus berserah kepadaNya. kerana tentu ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kesulitan dan kesedihan itu..
Mendung hitam akan berarak pergi dan mentari akan kembali menyinar...Insyaallah..

Alam rumahtangga sebenarnya sesuatu yang amat merumitkan. Ia adalah menyatuan 2 hati, 2 jiwa yang datang dari berlainan dunia. Dalam mencari keserasian tersebut, banyak perkara yang perlu dikorbankan malah kita harus membina sesuatu tradisi baru. kalau dulu kita boleh begini-begini, tapi sekarang kita perlu sentiasa ingat di dalam hati bahawa kita ada dia. Pengorbanan dan kehormatan bukan datang dari sebelah pihak sahaja tetapi ia harus datang dari kedua-dua pihak. Saling memberi dan menerima.

Ramai antara kita yang mengamibil masa terlalu lama untuk mencari seseorang untuk melengkapkan kehidupan. Bercinta bertahun-tahun namun akhirnya tidak ke mana. Wang ringgit dan masa dibazirkan begitu sahaja. Harga diri dan maruah juga dipermainkan sesuka hati. Sungguh menyedihkan.

Alhamdulilah, syukur...
berbahgialah kepada semua yang mencipta kebahagiaan dengan cara mereka..Sebenarnya ckin seringkali berasa sangat bersyukur setiap kali mengenangkan en.suami..
Ckin bersyukur kerana telah dicatatkan di luth mahfuz bahawa Nurul 'Asyikin binti Zubir adalah isteri kepada Khairul Izsham bin Che Md Hussain...
Saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing2..
Saling melengkapi...
Kemanisan yang hanya kita berdua yang rasa, setelah mengharungi onak duri dan lautan air mata..
Saya sayang abg sepenuh hati saya kerana kasih sayang abg yang tidak berbelah bahagi..
Semoga kita bahagia hingga ke syurga..

AkU InGiN MeNjaDi.........



aku ingin menjadi pesawat. aku ingin membawamu ke suatu tempat.

aku ingin menjadi cerita, membawamu melengkapi kisah.

aku ingin menjadi huruf, membentuk kalimat cerita bersamamu.

aku ingin menjadi tanda baca untukmu, menjaga cerita agar kalimat menjadi bermakna.

aku ingin menjadi tinta, membentuk setiap kata yang kau eja.

aku ingin menjadi intonasi.. menjadikan tiap kata-katamu berirama dan penuh arti.

aku ingin menjadi kertas, tempat dimana cerita bermukim di musim gugur, dingin, semi, dan panas.

aku ingin menjadi alinea.. merangkum kata dalam kertas di setiap cerita. menjadi pengisi di lembaran hidup ini.

aku ingin menjadi buku, menampung segala curahan hatimu.

aku ingin menjadi sampul sebuah buku yang berkisah tentangmu. memelukmu, dan menjaga, selamanya.

aku ingin menjadi warna, menghiasi sampul yang kau cipta.

aku ingin menjadi goresan garis-garis dalam ilustrasi, menemani warnamu. bersama kita menghiasi, cerita itu.

aku ingin menjadi duniamu. tanpaku kau tak mampu mengisi buku itu.

aku ingin menjadi apa pun itu, asalkan denganmu, aku bisa menjadi apa saja.

aku ingin kita berdua berjalan bersama, bergandingan tangan di tepi pantai kala senja.

aku ingin kita berdua duduk bersandingan, berpelukan menghitung bintang di atas lautan.



aku ingin kita berdua di sini. saling melengkapi. sampai akhir nanti.

Saturday, November 27, 2010

Rejqi....

hampir seminggu cuti sekolah telah bermula..
mula2 mmg bes tp kebosanan dan kemalasan telah mula datang..

ms mula2 cuti aritu ckin gila gunting baju2 kurung yg dah bertimbun.hasil kutipan skit demi skit.let count.
ckin:2psg
mak:3psg
yam:1psg
mak mertua:1psg.
mm..bleh tahan jugak ni.kalau amek upah, kayo la jugak.he2
tapi ckin menjahit suka2 je.ckin lebih suka baking cake.

bercerita tentang kek, skarang dah byk cawangan dah ni.
let count again.
1.kedai pak non
2.kedai kemboja
3.kedai kak yam @ aunty
4.teratak senyuman
5.aliran mentari
6.kedai mi bandung muar
7. RPS (off at the moment)

Alhamdulillah...tempahan 500bj pun berjalan dgn lancar berkat pertolongan yam n anim.thanks girls..really appreaciate that. n pas ni berani terima more than that.Insyaallah..

Sunday, October 31, 2010

auichh..

bukan mudah mencuri peluang untuk habiskan masa online mcm ni..
mm..mcm2 perkara yang menyerabutkan kepala ni...
keliru+tensen.

salah satu cara utk melegakan tekanan adalah mmenulis.tp zaman sekarang ni lebih kepada menaip la kot.
ntah la.
sekolah?
crita pasal sekolah, keje mmg byk.bertimbun2.sedangkan cuma ada lagi 3 minggu je lagi utk abeskan smua keje2 tu.entah sempat entahkan tidak..walau mcm mn pun, cuti sekolah bkn bermakna cuti sepenuhnya.tetap kena dtg nant.tp serius paper exam bebudak ni mmg terukk!!

relationship?
mm..mcm2 jugak.perkara yg sm berlaku berulang-ulang kali..again n again..akibatnya juga sm..tp xtau smpai bl.xkan xbleh amek ikhtibar.atau pun mmg sungguh perkara yg penting bg ckin itu lgsung tidak penting bg dia?mgkin terlalu awal.br 4 bln.kalau 4 tahun nanti mesti dah biasa.tp sementara nak smpai 4 tahun, mau jadi tasik kenyir bilik tu.tp xpela.apa yg kita ada, bukan semuanya hak kita...tabahkan hati,kuatkan iman.dugaan demi bakal mematangkan ckin.....

Saturday, October 16, 2010

bukan mcm buat kuih...

ptg td berchatting dgn su..lama xberkongsi cerita..dia pun bermasalah pulak pregnant kali kedua ni...
bercerita tentang keinginan utk mengandung ni, mcm2 cerita...
yang paling ckin ingat, seseorang penah berpesan pada ckin.supaya byk bersabar..buat anak bukan mcm buat kuih.kita boleh plan nak bl, bentuk mcm mn, warna apa. bukan suka2 hati kita nak dia jd...
trima kasih kepada org tersebut yg byk bg dorongan dan kata2 semangat pd ckin slama ni..
apa pun yg ckin nak bt, ckin xpenah lupa tanyakan nasihat daripada nya..budi mu tidak terbalas...

Thursday, October 14, 2010

thanks to the 'pak cik'

teringat masa odw balik sg ptani dulu..
al kisahnya ckin bersebelahan dgn seorg pak cik yang kaki bercakap.
xboleh elak, ckin mendengar setiap apa yg dia sembangkan dengan bdk pumpuan yg betul2 duduk di tepi dia.

pak cik tu rupanya seorang bekas guru yang berhenti untuk bekerja sendiri. dia menceritakan semua kesusahan dan kepayahan bekerja sebagai seorang guru.baginya ia amat membebankan. dalam masa yang sama, dia cuba menarik minat bdk pmpuan tu untuk turut memilih kerjaya sebagai sorang usahawan. kata2 dia byk betulnya jgk. (walaupun bukan semua) sbb setiap orang ada pandangan yang berbeza.

tapi apa yang penting ketika itu ialah, pak cik tu telah menyuntik semangat ckin utk melebarkan sayap bisnes ckin. walaupun berlaku dalam keadaan yang tidak secara sengaja tapi "TERIMA KASIH PAK CIK"...

apa yang penting skarang, ckin perlu luaskan jaringan dan tingkatkan lagi ilmu dan skills..
dan saya dengan ini akan mendaftarkan nama untuk mengikuti kelas membuat kek pada 30 okt ini...
it must be fun...and it will drive me to my dreams...:)

Wednesday, October 6, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...smua berjalan dgn baik..kesihatan pun semakin baik..bersyukur ke hadratMu Ya Allah..
benarlah kata2 bahawa apabila Dia timpakan kamu sesuatu, Dia ingin berikan kamu sesuatu...

Skarang bisnes dah berkembang...dah melangkah satu tapak ke hadapan...
trima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta dan juga abah yg jadi tukang marketing..he2..

Masih ada beberapa perkara yang masih belum selesai n kami masih mencari jawapannya sehingga kini...smoga smuanya berakhir dgn 'happy ending'.

menyemak kembali kalendar, there are a few things that i should be aware of..especially appointments with GH.

Menyambung semula apa yang terbengkalai tempoh hari..apakah ukuran kebahagiaan bg seseorang?kerana manusia itu tidak pernah berasa puas dgn apa yang dimilikinya..

Seringkali aku berfikir sendiri.adakah seorang wanita yang cantik, bekerjaya hebat itu bahagia?
adakah seorang wanita yang dikurniakan anak yang ramai itu bahagia?adakah seorang wanita yang suaminya sentiasa disisi itu berasa bahagia?

Allah Maha Adil....
Apabila Dia mengurniakan sesuatu kelebihan, tentu akan ada kekurangan di tempat yang lain..manusia yang sentiasa dihambat rasa tidak cukup akan mula membuat hal yang tidak sepatutnya....

Aku sering memerhati keadaan sekeliling dan tunduk bersyukur atas apa yang aku kecapi pada hari ini...
ketika aku merasa terhimpit, aku perhatikan ada orang lain yang lebih sakit terhimpitnya dari diriku..
ketika aku merasa mahu menjamah sesuatu yang istimewa, aku perhatikan ada orang lain yang langsung tidak dapat menjamah sesuatu sekadar untuk mengisi perut..
ketika aku merungut tentang layanan seseorang, aku perhatikan ada orang lain yang dahagakan perhatian dan layanan dari seseorang yang sepatutnya mencurahkan semua itu kepadanya..
ketika aku memikirkan bebanan kerja yang menekankan, ada orang lain yang berasa tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan..
ketika aku membayangkan kebahagiaan jika berbadan dua, ada orang lain yang bersedih kerana disahkan berbadan dua....

terlalu banyak pemerhatian dan perbincangan.....

Aku bersyukur atas apa yang aku kecapi hari ini...
Walaupun aku tidak bersepatu vincci
Walaupun aku tidak berhandbag kan Guess
Walaupun aku tidak bertudung Ariani
Walaupun aku tidak bertelefon bimbit terkini
Walaupun tidak dapat bercuti ke tempat impian
Walaupun aku tidak berkereta
Walaupun aku tidak dapat berbuat apa yang aku suka.......

namun aku bahagia.....
atas segala-gala yang aku ada.....
kerana kebahagiaanku adalah sesuatu yang subjektif......................:)

Tuesday, September 28, 2010

ukuran kebahagiaan..

hujan turun dari td lagi..dah beberapa hari bercadabg nak up date blog tapi asyik terbengkalai je..bz sket.
actually br je abes bereksperimen choc cake bersama suami tersayang..idea dia lagi dasat.
thanks a lot honey..

beberapa hari ni ckin asyik terfikirkan apakah ukuran bagi sebuah kebahagiaan?
byk yg nak diperkatankan.
tapi kn simpan dulu.
sbb bos dah marah.huhu.
:(..

Friday, September 24, 2010

LiFe...................

Dah lama xjenguk blog ni..n arini tetiba teringat nak tgk semula.mmg xde apa la yg menarik sbb dah aku sendiri x up date kan dia.

talk about life..sumtimes it be so complicated. not everything under our control..
apa yang penting, kita sebagai hambaNya jangan sesekali mengeluh atas setiap dugaan yang diberi.
tetapkan dalan hati setiap yang berlaku ada hikmahnya..yang kita tidak ketahui dan mengerti.

di sekolah, ckin slalu bertukar2 cerita ngan kak nani(sebelah meja).bercerita tentang dugaan hidup dan pengalaman masing2.berbanding dia, dugaan yang ckin hadapi terlalu sikit. sebenarnya dalam keadaan yang mgkin kak nani sedari, ckin mengumpul kata2 semangat daripada dia.

banyak yang kami kongsikan..thank you so much kak nani..
hope everything will be fine later..
yang penting usaha dan doa...
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubahnya sendiri"

dah ada follower baru rupanya.cik eton.
menjenguk ke blog dia, jumpa kata2 hikmah ni.
kak ckin pinjam la ea?

"Allah SWT tu maha mengetahui...setiap yg berlaku tu ade hikmahnye...sejauh mane pun dugaan ,sedalam mane pn cubaan,seperit mane pun kehidupan,terima dan bersbar...dan berusaha ke atasnye...setiap sesuatu tu pasti ade balasannye...kite ni men0mpang je di bumi yg nyata...dan dugaan yg besar pasti ganjarannye juga besar...ingatla...yg pasti kita perlu redha dan tabah mghadapinye.."

trima kasih yang tak terhingga buat suami dan keluarga yang banyak membantu dan memberi semangat...
sAyaNg KaMu SmUa...............

Wednesday, August 11, 2010

mcm mn nak bt ni...


permintaan sgt menggalakkan sehingga xmenang tangan sejak akhir2 ni..sampai kdg2 terpaksa tolak order sbb dah terlalu byk..
Alhamdulillah..terima kasih atas sekongan smua..
tapi arini sy mengambil jalan baik utk bersemuka dgn pihak tertentu dan menjelaskan dgn lebih lanjut supaya ada jalan yg lebih baik utk sy meneruskan apa yg sedang sy lakukan..
namun saya merasa kecewa kerana beliau tidak membenarkan sy meneruskan apa yg sedang berlaku.
malah dgn cara lain yg lebih baik juga ditolak..
saya masih memikirkan caranya supaya student2 yang dtg tidak pulang dgn perasaan yang hampa..
saya bermula pun atas pujuk rayu mereka dan apabila berita kurang senang ini dikhabarkan, mereka sgt kecewa dan sesetengah nya merayu.
saya masih bingung memikirkan ini semua...
perkara ni menjadi isu berbangkit akibat dari sikap mereka sendiri yang tidak dpt menjaga disiplin.
mmmmm.........................
any suggestion?

Thursday, August 5, 2010

tempahan kek..

sejak hari koko RPS yg lalu, ckin mula ambil tempahan kek choc moist. mulanya sekadar memenuhi permintaan students yg kempunan xsempat beli kek tempoh hari. (silap jugak bt sikit sgt pd aritu.) tapi pastu jd bes pulak.
memang sejak dulu pasang impian nak ada bisnes kek, kuih atau biskut. tp sbb xde komitmen n xbrapa serius menjadi perkara ni tertangguh sebentar. lps2 dah kawen ni asa nak mulakan semula impian tu. ada ms nant nant teringin nk g masuk kelas n belajar betul2 cara2nya sbb selama ni ckin masak byk guna majalah2, resepi dr internet ataupun resepi yg dpt dari kwn2.





ckin masih belajar n masih mencari peluang untuk memantapkan skill ni..
doakan ye..

Thursday, July 29, 2010