hari ni hari ke-14 recovery from myomectomy operation..
and everything going fine and great..
Alhamdulillah..
Enter a new year with a new hope and dreams..
Mengimbas kembali bagaimana ia bermula 2 tahun yang lalu..tiada apa yg pelik..
tanpa sakit, tanpa senggugut, tanpa heavyflow..cuma setelah penat berdiet, kenapa perut buncit?
setelah terfikir, terus amek emergency leave(masa tu E41 kat perangkaan) and g klinik greentown.
dokt cek and found ada mass kat abdomen. dokt bagi surat, refer to x-ray n ultrasound department at GH.
I have to wait about 2 months.masa tu dalam hati mmg dah tahu cuma xjelas bagaimana keadaannya.
Masa ni kritikal sgt. Allah je yg tahu apa yang terjadi. dalam hati cuma berserah dan berdoa semoga dipanjangkan jodoh dengan dia..menangis 25 jam sehari..smpai bengkak2 mata.
tapi bila 'gayut' kena control.padahal letak je telefon, air mata macam empangan pecah..
Sedikit pun aku xsimpan benda ni dari dia.cuma cara penyampaian mestilah berhemah.berhati2.
tapi bukan bermakna ada rahsia.telus dan jelas.Alhamdulillah dia faham n belajar..malah dia lebih byk buat research dari tuan punya bdn..sedih bila teringat zaman tu..sedih bila fikir betapa dia sygkan kita sedangkn kita xcukup baik utk dia.
Dugaan datang xberhenti..dalam pada itu, masalah dari keluarga timbul.Aku ketika itu berserah segala-galanya pada Allah. Hilang sudah upayaku. Hilang sudah usahaku..Usaha yang ada cuma pujuk dia supaya bersabar dan pujuk diri sendiri.. Aku letakkan segala keputusan di tangannya. Biarlah dia fikir kan sendiri yang mana benar yang mana fitnah. Aku percaya pada Mu Ya Allah..Jika dia terbaik buat dunia akhiratku, satukan hati-hati kami, jodohkan kami..jika tertulis dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan mataku, jauhkan dia dari hatiku supaya dia bertemu insan lain yang jauh lebih baik dariku..kerana aku sgt2 sayang kepadanya..dan Alhamdulillah..kami memang diciptakan utk bersama..
berbalik kepada masalah kesihatanku. setelah dikenal pasti bahawa terdapat 'multiple uterine fibroids', aku dihantar pula ke gynea clinic di GH..bermula lah rutin melawat clinic ni setiap 2 ke 3 bulan..pada mulanya dokt kata keadaan u ni xmerbahaya. kalau u nak operate, kita operate buang fibroid sahaja.tapi risiko agak tinggi n mgkin di satu tahap dokt terpaksa membuang rahim dan akibat daripada itu tentu diketahui..
Aku nekad dalam hati ketika itu, apa pun yg terjadi aku akan cuba sedaya upaya walau terpaksa bergadai nyawa utk melahirkan zuriat dia..(walaupun ms tu blum kawen lg).sbb dia suka sgt budak..masa tu mcm2 la dalam hati walaupun xpenah cakap kat dia.kalau aku mmg xboleh nak ada anak sendiri, xpelah kalau dia nak ada nak sendiri (dgn org len). ini takdir aku, aku terima..tapi kalau dia xbleh terima, aku faham kenapa..tambah2 dgn masalah family..
segala kekusutan akhirnya terlerai..5 jun 2010, aku sah bergelar isteri..Syukurnya tidak dapat digambarkan..
aku cuba utk mengandung secepat mgkin.tp dia belum bersedia.ketika aku xcited sbb lmbat period, dia plak xsuka.sbb masa tu masalah lain pula sedang timbul..yang ni xperlu la nak citer.sbb aku dah janji xkan ungkit perkara ni. apa yg terjadi selepas keputusan yang dia buat sendiri, aku terima dgn tgn terbuka walaupun ia melibatkan hidup aku sendiri.so, tutup citer.
jadi, aku faham mengapa kami xbleh ada baby lagi. kami belum bersedia terutama dari segi kewangan. hidup berdua pun terumbang ambing, mcm mn nak ada baby. walaupun tidak merancang tp mmg xberjaya lg.
sampai la raya puasa 2010. aku mengalami sakit di bahagian abdomen yg amat sgt. nila 1st time beraya bersama mertua. tp jadi mcm ni plak.
dua kali aku dikejarkan ke kecemasan GH kangar. dokt pada mulanya suspek appendix. diaorg cek darah n air kencing. gladder, liver. everything good. tapi sakit masih berterusan sehingga pulang ke ipoh.
di ipoh, akhirnya aku dimasukkan ke wad 1c.sbb scan menunjukkan fibriod2 tu dah semakin membesar dan menolak diagfram.organ2 lain terhimpit. jadi dokt suggest utk buat operation. aku pada mulanya mmg xnak. tapi abg pujuk suruh selesaikan masalah ni.apa yg jadi selepas tu nant kita fikir kemudian.nanges lagi...
doktor bagi suntikan lucrin utk dua bln. jadi bln 10,11 n 12 aku xdtg period..temporary menopous kata dokt.
bulan 12 ada jumpa dokt ganesh utk appointment operation n every fibroid are shrinks..dah mengecil.n cyst dah ilang. Alhamdulillah...
jadi 14/1/2011 berlangsunglah myomectomy ke atas diriku...Alhamdulillah segalannya selamat..
lebih menggembirakan mak, adik n kak dtg dari perlis.n tido di umah sewa kami yg xseberapa tu...
keesokkan hari, aku mmg xbgn dari katil sepanjang hari. takut n masih sakit.hari kedua nurse dah cabut tiub kencing n kena la bgn pelan2 g bilik air.
hari ketiga dah bleh balik....
Alhamdulillah...keje umah bleh buat sikit2 setelah beberapa hari...
mak pun dtg seminggu tu utk temankan aku..
skarang ni xdah.
k la..ni post paling panjang kot.nak mandi n masak.sambil menunggu kepulangan en.suami tercinta..
gambar ni disnap secara curi2 dari fail aku..lakaran rupa uterus aku sebelum operation dilakukan.takut gak tgk.
No comments:
Post a Comment