Alhamdulillah...smua berjalan dgn baik..kesihatan pun semakin baik..bersyukur ke hadratMu Ya Allah..
benarlah kata2 bahawa apabila Dia timpakan kamu sesuatu, Dia ingin berikan kamu sesuatu...
Skarang bisnes dah berkembang...dah melangkah satu tapak ke hadapan...
trima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta dan juga abah yg jadi tukang marketing..he2..
Masih ada beberapa perkara yang masih belum selesai n kami masih mencari jawapannya sehingga kini...smoga smuanya berakhir dgn 'happy ending'.
menyemak kembali kalendar, there are a few things that i should be aware of..especially appointments with GH.
Menyambung semula apa yang terbengkalai tempoh hari..apakah ukuran kebahagiaan bg seseorang?kerana manusia itu tidak pernah berasa puas dgn apa yang dimilikinya..
Seringkali aku berfikir sendiri.adakah seorang wanita yang cantik, bekerjaya hebat itu bahagia?
adakah seorang wanita yang dikurniakan anak yang ramai itu bahagia?adakah seorang wanita yang suaminya sentiasa disisi itu berasa bahagia?
Allah Maha Adil....
Apabila Dia mengurniakan sesuatu kelebihan, tentu akan ada kekurangan di tempat yang lain..manusia yang sentiasa dihambat rasa tidak cukup akan mula membuat hal yang tidak sepatutnya....
Aku sering memerhati keadaan sekeliling dan tunduk bersyukur atas apa yang aku kecapi pada hari ini...
ketika aku merasa terhimpit, aku perhatikan ada orang lain yang lebih sakit terhimpitnya dari diriku..
ketika aku merasa mahu menjamah sesuatu yang istimewa, aku perhatikan ada orang lain yang langsung tidak dapat menjamah sesuatu sekadar untuk mengisi perut..
ketika aku merungut tentang layanan seseorang, aku perhatikan ada orang lain yang dahagakan perhatian dan layanan dari seseorang yang sepatutnya mencurahkan semua itu kepadanya..
ketika aku memikirkan bebanan kerja yang menekankan, ada orang lain yang berasa tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan..
ketika aku membayangkan kebahagiaan jika berbadan dua, ada orang lain yang bersedih kerana disahkan berbadan dua....
terlalu banyak pemerhatian dan perbincangan.....
Aku bersyukur atas apa yang aku kecapi hari ini...
Walaupun aku tidak bersepatu vincci
Walaupun aku tidak berhandbag kan Guess
Walaupun aku tidak bertudung Ariani
Walaupun aku tidak bertelefon bimbit terkini
Walaupun tidak dapat bercuti ke tempat impian
Walaupun aku tidak berkereta
Walaupun aku tidak dapat berbuat apa yang aku suka.......
namun aku bahagia.....
atas segala-gala yang aku ada.....
kerana kebahagiaanku adalah sesuatu yang subjektif......................:)
No comments:
Post a Comment